Khamis, 28 Mac 2013

Kelebihan Surah Al-Mulk

Surah Al-Mulk 

Ada diceritakan dalam Al-Quran melalui maksud surah Al-Mulk tetapi diterjemahkan daripada "Kitab Khasful Ghummah" bahawa seorang yg beramal dengan Surah Al-Mulk. Bila tiba kematian dia, terus datang malaikat untuk menyoal. Sebelum sempat menyoal, surah Al-Mulk bercucuran keluar memenuhi wajah si mati. Malaikat berkata, "Ya ahlul kitab..aku kenal kamu. Kamu Al-Mulk. Kenapa kamu datang ke sini?"

Seraya Al-Mulk menjawab, "Wahai malaikat, sepanjang manusia ini hidup, dia beramal dengan aku. Aku sebati di dalam kerongkong manusia ini. Maka hadir aku ini untuk menghalang kamu dari menghukum manusia ini."


Malaikat menjawab, "Wahai Al-Mulk, kamu tidak boleh menghalang tugas kami."

Lantas Surah Al-Mulk datang kepada Allah, "Wahai Allah. Aku adalah kitab-Mu. Aku mahu melindungi manusia itu. Jika Engkau tidak mengizinkan, buanglah aku (Al-Mulk) dari Al-Quran MU."

Maka Allah memberi keizinan kepada Al-Mulk. Terus Al-Mulk kembali kepada manusia di kubur tersebut. Sesampai di kubur, kelihatan malaikat menghampiri manusia. Al-Mulk menjerit dengan gerunnya, "Ya malaikat! Pergi kau dari sini! Aku telah mendapat kebenaran daripada Allah!! (Malaikat terkejut dan pergi sepantas yang mungkin) Aku akan menjaga manusia ini sehingga kiamat. Aku tidak sanggup membiarkan manusia ini kesunyian keseorangan di dalam kubur. Biarlah aku menjadi teman dia sehingga dibangkitkan kelak."

*Nabi Muhammad berjanji sesiapa yg beramal Surah Al-Mulk akan terhindar daripada siksa kubur. Wallahualam.

Rasulullah SAW bersabda:

“Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai penganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.”

Kata-kata Nasihat


Jika kamu berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.

Alangkah ruginya dan ngerinya kalau kita mati dalam keadaan tidak menutup aurat dan tidak menjaga pergaulan.

"Ya Allah, bantulah hati ini memahami, menghayati dan merasai keindahan takdirMu. Jadikanlah aku hamba yang sebenar-benarnya hamba."~Cinta Kita Kerana Allah~ adalah sebaik2nya.

Setiap ketaatan berbuah kebaikan dan kebahagiaan, setiap kemaksiatan berakhir dengan penderitaan.

Tutuplah aurat kamu sebaiknya, kerana setiap inci yang terdedah akan dihisab kelak. Berpesan-pesanlah kamu.

Dua nikmat yang dipersia-siakan oleh kebanyakan manusia iaitu kesihatan dan MASA YANG TERLUANG."(Riwayat Imam al-Bukhari)

Ramai yang terlalu memikirkan yang buruk, sedangkan yang baik begitu banyak.

Sentiasa cuba untuk menambah nilai kepada orang lain, insyaALLAH perjalanan kejayaan anda akan lebih mudah.

Kita patut berbangga punyai 1 rangkaian yang boleh menghubung eratkan kita dengan kekasih Allah...iaitu SELAWAT. Jom perbanyakkan selawat. ~ Ustaz Afis Ibrahim - UAI Junior

JANGAN TUNGGU SAAT ISTERI MENGANDUNG, BARU NAK PELIHARA diri DARI MELAKUKAN DOSA MENZALIMI BINATANG... Kezaliman "dosa" kita bukan hanya dihitung saat isteri mengandung tetapi selama perjalanan hidup. Jika takut Allah bayar TUNAI kezaliman itu dimuka bumi ini, sama2lah kita pelihara perjalanan hidup ini dengan kebaikkan dan bertaubat sebelum terlambat... INSYAALLAH.

Berkasih sayanglah kerana Allah hingga ke Jannah, InsyaAllah.

Bagaimana kita boleh melakukan maksiat sedangkan kita tak tahan panasnya terik matahari.

Orang yang memiliki kekayaan kasih sayang dan kecantikan hati bukan bererti hidup tanpa dosa. Namun sekurang2nya mereka ini terus memperbaiki akhlaknya hari demi hari.

Kita tidak kecewa jika orang kafir menyekat dakwah Islam. Kita sangat kecewa apabila orang Islam sendiri menyekat dakwah Islam. ~ Ustaz Afis Ibrahim - UAI Junior

Rabu, 27 Mac 2013

Ustaz VS Gadis Liberal

Wanita hiasan dunia..


Gadis Liberal :
Salam ustaz…..sorry for disturbing you…I just want to ask something from you…!!

Ustaz :
Ok silakan……what you want to know…

Gadis Liberal :
Ustaz it is true……perempuan tak menutup aurat ni jahat….?

Ustaz :
Hmmm kalau mengikut hukum tak menutup aurat tu….memang jahat la kerana tak patuh perintah Allah.!!

Gadis Liberal :
No no no ustaz you ‘re really wrong……pakaian tak melambangkan perangai dan tingkahlaku….kalau ustaz nak tahu….ramai wanita yang pakai tudung labuh nampak aje sopan…tetapi sebenarnya mereka nilah yang berperangai jahat…mereka hanya berselindung di sebalik tudung mereka…. Tu hipokrit namanya ustaz…..

Ustaz :
Sekurang –kurang nya mereka menutup aurat….dosa tidak menutup aurat adalah termasuk di dalam dosa besar kerana perbuatan mendedahkan aurat itu akan membuka pintu kepada zina

Gadis Liberal :
Ha ha ha ha ……I don’t think like that ustaz………..sebenarnya..masalah zina…rogol..sumbang mahram…..dan sebagainya yang melibatkan kerosakan akhlak kaum wanita adalah berpunca dari lelaki yang jahat dan bernafsu buas…..bukan sebab kami berpakaian tidak bertudung dan berpurdah.!!! Ustaz pun tahu kan….orang lelaki ni…alim macam mana pun tapi bila tengok orang pompuan…..tercabut serban mereka……ha ha ha ha…

Ustaz :
Hai….macam perli saya aje ni….?

Gadis Liberal :
Ha ha ha ha….ustaz tak termasuk la…..saya percaya ustaz….. kalau tak saya takkan tanya soalan ni…….ha ha ha ha……!!

Ustaz :
Islam mengatakan….Fitnah yang membuka pintu zina itu adalah banyaknya berpunca dari wanita yang tidak menutup aurat dan menjaga kehormatan mereka

Gadis Liberal :
Habis tu ustaz…salah orang perempuan lah ye kalau…..orang perempuan diperdaya..dirogol…diragut kesuciannya oleh seorang lelaki playboy….?

Ustaz :
Bukan itu maksud saya…….apa yang saya nak katakan ialah…orang perempuan sekiranya tidak mendedahkan diri dengan penyebab yang menyebabkan lelaki cenderung untuk melakukan perbuatan yang jahat…maka selamatlah dirinya..dari sebarang ancaman dan gangguan seksual... Perbuatan membuka aurat itu bukankah menarik ghairah lelaki untuk melakukan sesuatu yang tak senonoh kepada seorang perempuan? Hilangnya sifat malu seorang perempuan menyebabkan dirinya bercampur gaul dengan lelaki yang bukan mahram….menyebab terjadinya perbuatan berjumpa…berdating…berdua-duaan …..sehingga pihak yang ketiganya adalah syaitan…lalu syaitan pun membisikkan bisikan syahwat menyebabkan berlakunya perbuatan zina antara dua pasangan sejoli…!!

Gadis Liberal :
Alah ustaz …itu sebab orang lelaki lah yang mulakan dulu……orang perempuan ni insan yang lemah terpaksa mengikut kehendak lelaki

Ustaz :
Hmmmm…itulah yang tak betul tu…..seorang wanita yang baik….mestilah tegas menjaga maruah dan kehormatan dirinya…..Allah menjadikan wanita ini dari tulang rusuk Nabi Allah Adam a.s untuk hidup mulia sebagai seorang isteri yang mempunyai tugas yang mulia iaitu sebagai peneman suami dan sebagai insan yang berkongsi suka duka bersama suami..setia berkhidmat untuk suami dengan perasaan kasih sayang yang dibina atas dasar cinta…melalui perkahwinan yang sah. Bukanlah kasih sayang namanya jika seorang wanita membiarkan dirinya menjadi tempat memuaskan nafsu..lelaki yang jahat….bukan cinta namanya…apabila seorang wanita membiarkan maruahnya dimusnahkan……bukanlah bahagia namanya apabila seorang wanita bersama dengn lelaki tanpa ikatan yang sah.

Gadis Liberal :
Ok…ok….ustaz menang……Cuma saya nak ulangi balik ustaz pendapat saya tadi……perempuan yang bertudung pun bukannya baik sangat….ada diantara mereka ni ustaz yang lebih teruk akhlaknya daripada kami yang tidak bertudung ni….?

Ustaz :
Ha ha ha….janganlah disalahkan tudung jika akhlak seseorang itu buruk…..!!!….menutup aurat itu perintah Allah…sama ada manusia itu baik atau jahat…kan itu perintah Allah…kita tak boleh pertikaikan……!! Jika akhlak seseorang itu jahat…..maka dia akan dikira dosanya mengikut akhlaknya yang jahat….tetapi jika dia tidak memakai tudung menutup aurat…..maka dosanya akan bertambah lagi…janganlah kita melakukan satu dosa…kemudian kita tambah lagi dosa…akibatnya derita kita di akhirat..lama kita diazab di dalam neraka…..!!

Gadis Liberal :
Baiklah ustaz…mungkin tak faham maksud saya…….beginilah saya buat contoh supaya ustaz mudah faham……ada seorang wanita yang tidak menutup aurat…tetapi dia baik..rajin..pemurah ..penyayang…hormat ibubapa…..suka menolong orang…dan ada pula seorang perempuan yang bertudung…tapi jahat…suka mencaci mengata orang…..sombong…pentingkan diri sendiri…kedekut…suka cari gaduh….yang mana lebih baik ustaz……?

Ustaz :
Saya faham maksud awak…..oklah….tentang perempuan tidak bertudung walaupun dia..baik…buat amalan baik….pemurah…menolong orang…sememangnya dia akan mendapat pahala dengan amalan baik yang dilakukan….tetapi ingat…Nabi saw pernah menerangkan di dalam satu riwayat….bahawa diakhirat nanti apabila kita dihadapkan di hadapan Allah swt…kita akan ditanya..tentang dosa dan pahala….jika ada dosa yang kita lakukan…maka pahala kita akan dipotong….jika kita banyak melakukan amalan baik sekalipun…tetapi jika tidak menutup aurat….pahala kita akan dipotong mengikut lama mana kita mendedahkan aurat ketika di dunia ini semasa kita hidup….sehingga tiada lagi pahala yang nak dipotong..kita tanggung pula dosa orang yang rosak matanya..akhlaknya…disebabkan oleh kita yang membuka aurat….sehingga kita menjadi manusia yang paling muflis di akhirat lalu dicampakkan kita ke dalam neraka. Adapun perempuan yang bertudung…dia terlepas dari dosa mendedahkan aurat…. Dan jika dia melakukan dosa yang lain…yakni seperti mencaci..mengata…sombong..dan sebagainya…maka itu dosa lain yang dia kena memohon dari Allah keampunan …agar tidak di azab diakhirat….sekiranya tidak dia akan diazab mengikut dosa yang dilakukan…..cumanya tempoh diazab itu tidaklah selama tempoh azab dosa orang yang mendedahkan aurat..kerana tempoh tinggal di neraka disebabkan oleh dosa buka aurat ni… lama sangat.

Gadis Liberal :
Oh ye ke ustaz…..maaflah ustaz… saya tak pandai agama……saya cuma dengar orang bercerita…dan ada kawan-kawan saya yang menggelarkan diri mereka “the liberal gurlz”……yang menyatakan…kalau tak boleh buang sifat-sifat……jahat dalam diri…tak guna pakai tudung labuh……munafik namanya tu……tunggulah sehingga kita benar-benar dah bersedia dan menjadi benar-benar baik….barulah kita pakai tudung tutup aurat…..

Ustaz :
Ha ha ha ha ha bila la agaknya tu ….baru awak jadi benar-benar baik…..bila dah masuk kubur….? Satu perkara yang mesti kita ingat…dan perbetulkan persepsi kita…..berubah jadi baik dan bertaubat adalah perkara yang tak boleh ditangguh-tangguh…….berubah dan bertaubat mesti dilakukan serta merta …kerana jika kita tangguh dan tunggu dulu…..maka dikhuatiri kita tidak sempat..bertaubat dan berubah…kerana ajal maut itu tidak kita tahu bila tibanya….apakah kita boleh menjamin umur kita panjang?apakah kita boleh hidup sehingga ke detik masa kita bertaubat dan berubah……”please don’t make your life as a gambling game”jangan perjudikan hidup awak dengan hanya bersandarkan harapan yang tak pasti…..” Jika kita menyatakan kita kena tunggu sehingga dah benar-benar baik dan bersedia baru kita pakai tudung menutup aurat……maka adakah umur kita sepanjang itu untuk sampai ke detik itu????? Jika kita dimatikan Allah bagaimana? Samalah macam awak tidak mahu kahwin hanya kerana awak nak tunggu calon suami yang benar-benar perfect..hensem….macho…hmmm sampai ke tua la tak kahwin jawabnya

Gadis Liberal :
Hu huh u ustaz…gerun saya dengar penerangan ustaz ni…..barulah saya faham……..saya ingat apa yang dikatakan oleh kawan-kawan saya tu betul…rupa-rupanya sesat larat kita dibuatnya……!! Terima kasih ustaz…barulah saya faham….dan insyaallah saya akan berubah ….cumanya mungkin ambil masa juga ustaz….maklumlah bukan senang kita nak mulakan perubahan dan benda baru ni…..kawan-kawan saya “The liberal gurlz” pasti terkejut dan mentertawakan saya bila saya berubah memakai tudung…..aduihhhh susahnya ustaz…kalau diorang kutuk saya…mau menangis saya nanti…..

Ustaz :
Biarlah kita menangis di dunia ini kerana mentaati perintah Allah dari kita menangis di akhirat kerana di azab akibat mengingkari perintah Allah

Gadis Liberal :
Isk…Isk…..Isk…ye lah ustaz…terima kasih….terima kasih…….saya rasa insaf sangat…..terima kasih ustaz…..semoga Allah mengampunkan dosa saya…..

Ustaz :
Insyaallah semoga Allah berikan awak kekuatan dan berubah dari yang baik kepada yang lebih baik……..saya akan doakan…..!!

30 Pesanan Imam Syafie




  1. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjaga dan membuat kamu cemerlang di dunia dan akhirat.
  2. Perbanyakkan menyebut Allah daripada menyebut makhluk. Perbanyakkan menyebut akhirat daripada menyebut dunia.
  3. Pilihlah makanan yang halal kerana ia menjamin kesihatan dan menyebabkan syaitan gerun.
  4. Sabar menghadapi musibah adalah sebesar-besar erti sabar di mana sabar itu sendiri memerlukan kesabaran pula. Bala dan musibah menunjukkan adanya perhatian dan kasih sayang Allah. Oleh itu, bersyukurlah kerana syukur yang sedemikian setinggi-tinggi erti syukut.
  5. Apabila salah seorang antara kaum kerabat ataupun jiran dan saudara kamu sakit, kamu perlu ringankan langkah menziarahinya kerana ia disaksikan oleh malaikat dan dan dicintai Allah.
  6. Marah adalah salah satu antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia supaya dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya.
  7. Kasihanilah anak yatim kerana Rasulullah juga tergolong sebagai anak yatim dan beliau akan bersama-sama dengan orang yang menyayangi dan mengasihi anak-anak yatim di akhirat.
  8. Berbuat baik dan tunjukkan bakti kepada ibu bapa tanpa mengenali letihh dan lelah sebagaimana mereka berbuat begitu sepanjang hayat mereka. Ia dapat menambah keberkatan pada umur, menambah rezeki dan keampunan atas dosa-dosa kamu.
  9. Banyakkanlah amal soleh kerana ia adalah pendinding dan perisai orang mukmin dan pelindung kepada serangan iblis.
  10. Takwa adalah pakaian kebesaran dan hiasan akhlak Muslim sebenar. Ia ibarat pokok zaitun, minyaknya membawa berka, ia juga memberi kejayaan dan kemenangan.
  11. Iman mempunyai bentengnya bagi menghalang segala serangan yang cuba merobohkannya. Oleh itu bagi menguatkan benteng iman, keimanan perlu dibajai dengan lima perkara, yakin, ikhlas, mengerjakan amalan sunat, istiqamah, bertatasusila ataupu berdisiplin dalam mengerjakan ibadah.
  12. Ingat dan zikir kepada Allah sebanyak-banyaknya kerana ia mengubati penyakit jasmani dan hati. Ia mencetuskan ketenangan hidup dan qanaah.
  13. Khusyuk secara zahir adalah khusyuknya orang awam, khusyuk secara batin adalah khusyuknya orang pilihan di sisi Allah.
  14. Kubur adalah perhentian sementara bagi membolehkan ke satu perhentian lagi yang penuh dengan soal siasat. Oleh itu, siapkanlah jawapan yang adil dan benar menerusi amal yang benar dan taat kepada al-haq yang tidak berbelah bagi.
  15. Kita perlu sentiasa memohon perlindungan daripada Allah, sekurang-kurangnya dengan mengucapkan "A'uzubillahi minassaitathanirrajim". Kita perlu bersabar sekiranya serangan syaitan datang juga bertalu-talu dengan hebat dan menyedari Allah taala hendak menguji keteguhan sabar kita, hendak melihat ketulenan jihad kita. Ketahuilah perang dengan syaitan itu lebih hebat daripada perang sabil.
  16. Sebesar-besar keaiban (keburukan) adalah kamu mengira keburukan orang lain sedangkan keburukan itu terdapat dalam dirimu sendiri.
  17. Hati adalah raja dalam diri. Oleh itu,lurus dan betulkan ia supaya empayar kerajaan dirimu tegak di atas al-haq yang tidak disertai oleh iringan-iringan pasukan kebatilan.
  18. Ketahuilah istighfar yang diucapkan dengan betul mampu membuat syaitan lari ketakutan dan menggoncang empayar iblis di istana kerajaannya.
  19. Ketahuilah sebesar-besar kesenangan di duna dan akhirat adalah memberi maaf kepada orang lain dan melupakan terus kesalahannya. Allah pasti akan meninggikan darjatnya di sisi manusia.
  20. Tafakurlah sebelum tidur bagi menghisab diri atas salah dan silap semasa aktiviti pada siang hari sebagaimana Umar bin al-Khattab menyiasati dirinya dengan pelbagai soalan berkenaan dosa-dosanya pada siang hari.
  21. Tuntutlah ilmu sebanyak mungkin kerana ia dapat menjagamu dan membuatmu cemerlang di dunia dan di akhirat. Ia juga amalan para nabi, rasul dan orang soleh.
  22. Sesiapa yang mahu meninggalkan dunia dengan selamat, dia perlu mengamalkan perkara berikut iaitu mengurangkan tidur, mengurangkan makan, mengurangkan bercakap dan berpada-pada dengan rezeki yang ada.
  23. Kamu seorang manusia yang dijadikan daripada tanah dan kamu juga akan disakiti (dihimpit) dengan tanah.
  24. Sesiapa yang menjalin ukhuwah dan menghidupkannya, dia memperoleh banyak kebaikan.
  25. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan ditinggikan darjat dan diberi kemuliaan selagi mereka menunaikan perintah Allah.
  26. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pertolongan Allah seperti dalam pernyataannya dalam surah ar-Rom ayat 47 yang bermaksud; dan adalah menjadi hak(tanggungjawab) kami untuk menolong orang yang beriman.
  27. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka pasti mendapat pembelaan kepada Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-Hajj ayat 38 yang bermaksud, Allah membela orang yang beriman.
  28. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman dan bertakwa, Allah pasti menaikkan darjat mereka hingga ke taraf wali-wali Allah selagi memenuhi syarat-syaratnya seperti dalam pernyataannya dalam surah al-Baqarah ayat 257 yang bermaksud, Allah penolong (wali) bagi orang yang beriman.
  29. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman akan memberi petunjuk dan jalan lurus sebagaimana pernyataan Allah dalam surah al-Hajj ayat 54 yang bermaksud " Allah akan memberi petunjuk bagi orang yang beriman kepada jalan yang lurus."
  30. Allah menjanjikan kepada orang yang beriman, mereka akan memperoleh rezeki yang baik dan pelbagai keberkatan selagi mereka menunaikan perintah Allah sebagaimana pernyataannya dalam surah al-A'raf ayat 96 yang bermaksud, sekiranya penduduk kota beriman dan bertakwa pasti kami akan melimpahkan mereka berkat dari langit dan bumi tetapi sekiranya mereka mendustakan ayat-ayat kami, kami akan seksa mereka disebabkan perbuatan mereka.

Sumayyah : Wanita Pertama Syahid di Jalan Allah SWT

Sumayyah binti Khabath adalah hamba Abu Huzaifah bin Mughirah. Tuannya mengahwinkan Sumayyah dengan Yasir bin Amir, perantau dari Yaman ke Mekah. Apabila Allah mengurniakan mereka seorang anak yang diberi nama Amar, Abu Huzaifah pun membebaskan Sumayyah daripada menjadi hambanya.

Apabila Islam mula tersebar, keluarga Yasir antara golongan pertama memeluk agama suci itu. Sumayyah tidak gentar dengan amaran musyrikin Quraisy yang menyeksa dan membunuh sesiapa yang memeluk Islam.

Apabila bangsawan Quraisy mengetahui Sumayyah sudah memeluk Islam, mereka menyerbu rumahnya. Keluarga Amar ditangkap dan dibawa ke khalayak untuk diseksa.

“Mereka sudah menyahut ajaran Muhammad walaupun ditegah oleh pihak atasan Quraisy. Kamu akan menerima balasan kerana ingkar perintah kami,” kata Abu Jahal kepada pengikutnya sambil menarik keluarga Yasir yang terikat ke kawasan padang pasir di luar kota Mekah.

“Mereka tidak serik dengan hukuman kita walaupun pengikut agama yang dibawa Muhammad telah diseksa oleh kita,” kata seorang bangsawan Quraisy yang berjalan di sebelah Abu Jahal.

“Kali ini saya tidak akan bebaskan mereka bertiga sehingga mereka mengaku berhala-berhala kita sebagai tuhan mereka,” tegas Abu Jahal yang mengacah tombaknya ke arah keluarga Yasir yang diseret secara kasar oleh pengikut Abu Jahal.

Mereka berhenti di kawasan lapang yang dipenuhi bongkah batu besar. Yasir, Amar dan Sumayyah ditanggalkan pakaian mereka lalu diikat pada bongkah batu yang panas mendidih dipanah matahari padang pasir.

Kaki dan tangan mereka diikat ketat sehingga tidak dapat bergerak seinci pun. Abu Jahal, pembesar Quraisy dan pengikut setianya ketawa melihat penderitaan ketiga beranak itu.

“Kamu akan diseksa dengan lebih teruk seandainya kamu tidak mahu meninggalkan agama yang dibawa oleh Muhammad. Kamu akan dibebaskan jika kamu sanggup mengaku berhala-berhala di kota Mekah ini sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal mula mengambil tali sebat bagi menakutkan Yasir, Sumayyah dan Amar.

“Kami tidak akan mengaku berhala-berhala itu sebagai tuhan kami. Hanya Allah Tuhan kami,” balas Yasir dengan tenang.

“Saya beriman dengan Allah sahaja,” kata Sumayyah pula.

“Berani kamu melawan kata-kata saya,” api kemarahan Abu Jahal semakin membara mendengarkan kata-kata Sumayyah itu tadi.

“Ini balasan kepada kamu kerana enggan menerima berhala-berhala sebagai tuhan kamu,” Abu Jahal dan pengikutnya mula menyebat tubuh Yasir, Sumayyah dan Amar dengan kejam. Hinggakan darah mengalir daripada tubuh mereka yang terikat pada bongkah batu yang panas dipanah matahari tengah hari.

Berita penyeksaan keluarga Yasir sampai ke pengetahuan Nabi SAW sehingga baginda dan Abu Bakar keluar bagi menyelamatkan keluarga tersebut daripada seksaan kejam Abu Jahal dan pengikutnya. Namun, mereka dihalang oleh orang-orang Quraisy yang menyaksikan seksaan terhadap keluarga Yasir.

Hati Abu Jahal semakin sakit melihat reaksi Yasir, Sumayyah dan Amar yang masih enggan menerima berhala sebagai tuhan mereka. Dia mengarahkan pengikutnya memakaikan baju besi kepada ketiga-tiga ahli keluarga tersebut agar bahang matahari semakin menyeksa mereka.

“Kita lihat berapa lama kamu boleh menahan seksa di tengah-tengah kepanasan matahari ini,” sindir Abu Jahal sambil memandang wajah Yasir dan Sumayyah dengan bengis.

“Tiada tuhan melainkan Allah,” kata Yasir, Sumayyah dan Amar merintih dalam kesakitan memakai baju panas.

“Letakkan batu besar ke atas badan Yasir,” arah Abu Jahal lagi kerana geram mendengar kata-kata Yasir sekeluarga.

Seksaan demi seksaan ke atas Yasir menyebabkan fizikalnya menjadi lemah kerana usianya yang sudah lanjut. Akhirnya, Yasir menghembuskan nafasnya yang terakhir dengan menyebut nama Allah tanpa menerima agama berhala Abu Jahal.

Walaupun hati Sumayyah hancur melihat suaminya mati akibat seksaan Abu Jahal yang kejam, dia gembira kepada suaminya mati dalam menegakkan agama Allah.

“Kamu pun mahu mati seperti suami kamu. Lebih baik kamu terima tawaran saya sebelum ajal kamu tiba!” Abu Jahal mahu menunjukkan yang seksaannya mampu mengubah pendirian pengikut Nabi Muhammad kepada ajaran berhala.

“Jangan kamu berharap saya akan menurut kata-kata kamu itu. Tiada tuhan melainkan Allah,”. Hati Sumayyah keras seperti batu teguh pada keimanannya pada Allah.

“Kamu sudah semakin degil dan melawan kata-kata saya!” Abu Jahal mengambil tombak dari tangan kanannya lalu dicucuk ke dalam alat sulit Sumayyah.

“Allahu Akbar”. Begitulah kata terakhir Sumayyah sebelum menghembuskan nafasnya akibat tikaman tombak Abu Jahal itu.

Kematian Sumayyah dengan nama Allah di mulutnya demi mempertahankan keimanan pada Allah adalah peristiwa penting dalam sejarah pengembangan agama Islam. Sumayyah adalah wanita pertama mati syahid dalam sejarah Islam.


Hijrah Rasulullah SAW dari Kota Mekah ke Kota Madinah

RASULULLAH (SAW) berusia 40 tahun apabila malaikat Jibrail (as) melawat baginda ketika baginda sedang berkhalwat (mengasingkan diri di tempat yang sunyi kerana bertakafur, beribadat, dan lain-lain) di Gua Hira. Jibrail memberitahu Nabi Muhammad, baginda diangkat oleh Allah SWT sebagai rasul untuk seluruh umat manusia. Pada peringkat awal, Rasulullah hanya memperkenalkan Islam kepada sahabat terdekat dan ahli keluarga baginda. Apabila baginda menerima perintah daripada Allah SWT supaya berdakwah secara terbuka, baginda segera akur……

Baginda mengumpul beberapa pengikut di Makkah. Begitupun, kumpulan kecil Muslim itu terdedah kepada maut berikutan ancaman daripada kaum kafir, terutama bangsa Quraish, yang menyeksa mereka dengan teruk. …Bagi mengelakkan ancaman itu, Rasulullah SAW mengarahkan pengikutnya supaya keluar dari Makkah secara senyap-senyap ke Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib). Mereka meninggalkan keluarga yang kafir dan harta benda dan disambut dengan mesra oleh penduduk Madinah. Satu hari pada tahun 622M, iaitu kira-kira 12 tahun selepas berdakwah di Makkah, Rasulullah SAW diberitahu kaum kafirun Makkah merancang membunuh baginda untuk memusnahkan Islam. Rasulullah menunggu perintah daripada Allah SWT. Malaikat Jibrail (as) menemui baginda untuk memberitahunya Allah SWT mengarahkan baginda supaya meninggalkan Madinah pada waktu malam. Berikutan itu, baginda menemui sahabat baiknya Abu Bakar as-Siddiq (ra) dan memintanya supaya menemani baginda dalam perjalanan itu.

Rasulullah juga memberitahu rancangan baginda kepada Ali bin Abi Talib (ra). Baginda memberitahunya: “Saya akan berhijrah tetapi anda perlu mengambil tempat saya di rumah.” Ali (ra) tanpa banyak soal menuruti permintaan Rasulullah (SAW) walaupun menyedari bahaya bakal dihadapinya. Malam itu, sekumpulan Quraish mengepung rumah Rasulullah (SAW). Mengintai melalui lubang di pintu, mereka nampak seseorang sedang tidur di atas katil Rasulullah (SAW). Mereka begitu yakin Rasulullah tidak dapat melepaskan diri dan mereka pasti dapat membunuh baginda. Apabila fajar menjelang, mereka terperanjat melihat Ali (as) dan bukannya Rasulullah (SAW) bangun dari katil itu. Mereka terpinga-pinga memikirkan bila Rasulullah (SAW) keluar dari rumah itu. Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) keluar dari Makkah pada malam itu juga. Tiada siapa mengetahui arah tujuan mereka dan tiada siapa tahu tempat persembunyian mereka kecuali Abdullah dan anak-anak Abu Bakr,Aishah dan Asma, serta orang gaji mereka, Abdullah.

Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr bersembunyi dalam sebuah gua di Gunung Thaur. Selama tiga hari mereka berada dalam gua itu. Apabila kaum Quraish menghampiri gua itu untuk mencari Rasulullah (SAW) tetapi mereka tidak memasukinya. Mereka yakin Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) tidak berada di dalam kerana mulut gua itu dilitupi oleh benang sarang labah-labah dan sepasang burung merpati. Allah SWT membantu dua insan ini, melindungi mereka daripada bahaya. Kumpulan Quraish kemudian meninggalkan gua itu dan bersetuju untuk pulang ke Makkah. Yakin musuh sudah beredar, Rasulullah (SAW) dan Abu Bakr (as) meneruskan perjalanan dengan menaiki unta dibawa oleh orang gaji mereka, Abdullah.

Ketiga-tiga mereka menggunakan laluan tidak diketahui ramai untuk ke Madinah bagi mengelakkan kumpulan pemburu Quraish. Mereka meredah gunung, bukit dan gurun di bawah perit matahari tetapi mereka tidak pernah berputus asa. Mereka meletakkan segala kepercayaan kepada Allah SWT. Sementara itu, kaum Quraish di Makkah semakin marah dengan kehilangan Rasulullah (SAW). Mereka menawarkan hadih kepada sesiapa yang dapat menangkap Rasulullah (SAW). Ramai yang mencuba nasib tetapi semuanya gagal. Akhirnya dengan perlindungan Allah SWT, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya tiba perkampungan kaum Bani Sabin yang menyambut mereka dengan gembira. Setelah sekian lama, Rasulullah (SAW) dan sahabatnya akhir merasakan kehadiran harapan untuk masa depan. Ketika Rasulullah (SAW) dan sahabatnya dalam perjalanan, penduduk Islam yang sudah berpindah ke Madinah sebelum ini mendengar berita mengenai kedatangan pemimpin mereka itu.

Malah penduduk Madinah yang baru memeluk Islam juga gembira dapat bertemu Rasulullah (SAW). Jelaslah, sebelum tibanya Rasulullah di Madinah, Islam semakin kukuh di tempat baru itu, sesuatu yang tidak berlaku ketika berada di Makkah. Maka pada hari Isnin 8 Rabiulawal bersamaan 20 September 622M, Rasulullah (SAW) akhirnya tiba di Quba,sempadan Madinah dan benar-benar masuk ke Kota Madinah pada 12 Rabiulawal, hari Jumaat dan mendirikan solat Jumaat yang pertama di Kampung Bani Amar. Kaum Muslimin semua keluar untuk menyambut baginda. Bertitik tolak dari itu, Rasulullah (SAW) mula membina sebuah negara Islam yang megah. Baginda memupukkan persaudaraan di kalangan umat Muslim dan menyeru mereka supaya menegakkan yang hak dan mengikut segala perintah Allah SWT.


Padang Pasir

Kota Mekah dan Kota Madinah

Perihal Isra' & Mikraj

Hadis Anas bin Malik r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: Aku telah didatangi Buraq. Iaitu seekor binatang yang berwarna putih, lebih besar dari keldai tetapi lebih kecil dari baghal. Ia merendahkan tubuhnya sehinggalah perut buraq tersebut mencecah bumi.

Baginda bersabda lagi: Tanpa membuang masa, aku terus menungganginya sehinggalah sampai ke Baitulmuqaddis. Baginda bersabda lagi: Aku mengikatnya pada tiang masjid sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para Nabi.

Baginda bersabda lagi: Sejurus kemudian aku masuk ke dalam masjid dan mendirikan sembahyang sebanyak dua rakaat. Setelah selesai aku terus keluar, secara tiba-tiba aku didatangi dengan semangkuk arak dan semangkuk susu oleh Jibril a.s. Aku memilih susu. Lalu Jibril a.s berkata: Engkau telah memilih fitrah.

Lalu Jibril a.s membawaku naik ke langit. Ketika Jibril a.s meminta agar dibukakan pintu, kedengaran suara bertanya: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Lalu dibukakan pintu kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Adam a.s, beliau menyambutku serta mendoakan aku dengan kebaikan.

Seterusnya aku dibawa naik ke langit kedua. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Isa bin Mariam dan Yahya bin Zakaria, mereka berdua menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik langit ketiga. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Yusuf a.s ternyata dia telah dikurniakan sebahagian dari keindahan. Dia terus menyambut aku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keempat. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Idris a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan. Firman Allah s.w.t Yang bermaksud: Dan kami telah mengangkat ke tempat yang tinggi darjatnya.

Aku dibawa lagi naik ke langit kelima. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Harun a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit keenam. Jibril a.s meminta supaya dibukakan pintu. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Musa a.s dia terus menyambutku dan mendoakan aku dengan kebaikan.

Aku dibawa lagi naik ke langit ketujuh. Jibril a.s meminta supaya dibukakan. Kedengaran suara bertanya lagi: Siapakah engkau? Dijawabnya: Jibril. Jibril a.s ditanya lagi: Siapakah bersamamu? Jibril a.s menjawab: Muhammad. Jibril a.s ditanya lagi: Adakah dia telah diutuskan? Jibril a.s menjawab: Ya, dia telah diutuskan. Pintu pun dibukakan kepada kami. Ketika aku bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s dia sedang berada dalam keadaan menyandar di Baitul Makmur. Keluasannya setiap hari memuatkan tujuh puluh ribu malaikat. Setelah keluar mereka tidak kembali lagi kepadanya. Kemudian aku dibawa ke Sidratul Muntaha. Daun-daunnya besar umpama telinga gajah manakala buahnya pula sebesar tempayan. Baginda bersabda: Ketika baginda merayau-rayau meninjau kejadian Allah s.w.t, baginda dapati kesemuanya aneh-aneh. Tidak seorang pun dari makhluk Allah yang mampu menggambarkan keindahannya.

Lalu Allah s.w.t memberikan wahyu kepada baginda dengan mewajibkan solat lima puluh waktu sehari semalam. Tatakala baginda turun dan bertemu Nabi Musa a.s, dia bertanya: Apakah yang telah difardukan oleh Tuhanmu kepada umatmu? Baginda bersabda: Solat lima puluh waktu. Nabi Musa a.s berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan kerana umatmu tidak akan mampu melaksanakannya. Aku pernah mencuba Bani Israel dan memberitahu mereka. Baginda bersabda: Baginda kemudiannya kembali kepada Tuhan dan berkata: Wahai Tuhanku, berilah keringanan kepada umatku. Lalu Allah s.w.t mengurangkan lima waktu solat dari baginda.

Baginda kembali kepada Nabi Musa a.s dan berkata: Allah telah mengurangkan lima waktu solat dariku. Nabi Musa a.s berkata: Umatmu masih tidak mampu melaksanakannya. Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan lagi. Baginda bersabda: Baginda tak henti-henti berulang-alik antara Tuhan dan Nabi Musa a.s, sehinggalah Allah s.w.t berfirman Yang bermaksud: Wahai Muhammad! Sesungguhnya aku fardukan hanyalah lima waktu sehari semalam. Setiap solat fardu diganjarkan dengan sepuluh ganjaran. Oleh yang demikian, bererti lima waktu solat fardu sama dengan lima puluh solat fardu.

Begitu juga sesiapa yang berniat, untuk melakukan kebaikan tetapi tidak melakukanya, nescaya akan dicatat baginya satu kebaikan. Jika dia melaksanakannya, maka dicatat sepuluh kebaikan baginya. Sebaliknya sesiapa yang berniat ingin melakukan kejahatan, tetapi tidak melakukannya, nescaya tidak sesuatu pun dicatat baginya. Seandainya dia melakukannya, maka dicatat sebagai satu kejahatan baginya. Baginda turun hingga sampai kepada Nabi Musa a.s, lalu baginda memberitahu kepadanya. Dia masih lagi berkata: Kembalilah kepada Tuhanmu, mintalah keringanan. Baginda menyahut: Aku terlalu banyak berulang alik kepada Tuhan, sehingga menyebabkan aku malu kepada-Nya. (HR Muslim)



Batu yang dikatakan ingin mengikut Rasulullah SAW..

Rabu, 20 Mac 2013

Kisah Kekejaman Israel

Dalam keadaan penuh kesedihan, kepedihan dan basahan airmata bak titisan air hujan, Um Muhammad Useila, 48 tahun, membawa bersamanya sebuah beg sekolah dan beberapa buah buku sambil bertanya, “Apakah pengganas-pengganas Israel yang membunuh anak saya, sebahagian daripada jantung dan hati saya, akan melalui proses keadilan? Atau mereka akan berterusan dengan jenayah ini tanpa hukuman sepertimana berlalu selama ini? Saya berdoa mereka akan dihukum, atau diadili sepertimana yang dilaungkan oleh masyarakat antarabangsa. Keadilan yang mereka perjuangkan itu nampaknya hanya digunapakai di Libya dan Sudan, tetapi apabila pengganas Zionis membunuh kami, mengapa ia tidak terkandung di dalam ruang-lingkup keadilan yang mereka perjuangkan?” Kata-kata yang mudah dan jelas itu diluahkan oleh ibu kepada Ayyoub Useila, 12 tahun, yang dibunuh oleh pengganas Israel dengan menggunakan roket buatan Amerika di Gaza pada hari Ahad, 12 Mac lalu. Jasad anaknya berkecai menjadi serpihan-serpihan kecil, sehingga amat sukar untuk dikumpulkan. Apa tidaknya, letupan roket tersebut menceraikan badannya sehingga ada sebahagian daripada cebisan itu berterbangan dan tersangkut di pohon-pohon.
Sepupunya, juga seorang anak kecil, tercedera parah dalam tragedi yang sama.

Penjenayah-penjenayah Israel yang saban hari dahagakan darah bangsa Palestin tidak lagi mempunyai kewarasan untuk membezakan antara “pejuang yang memikul roket” dengan seorang anak kecil yang menggalas beg menuju ke sekolah. Dalam bahasa yang mudah, Israel kini mengamalkan polisi pembantaian dan pembunuhan terancang ke atas seluruh bangsa Palestin. Semua anak-anak, wanita-wanita, warga tua dan juga pejuang-pejuang Palestin tanpa terkecuali menjadi sasaran Israel.


Sebelum ini, ibu kepada anak kecil bernama Ayyoub ini telah kehilangan dua orang anak-anaknya yang lain dalam serangan udara berasingan tentera pengganas Israel. Dia kehilangan seorang anak setiap tahun. Apa yang berlaku ini adalah satu bencana, satu melapetaka, kata Um Muhammad Useila. “Pagi itu, seperti kebiasaannya Ayyoub menyiapkan beg sekolah dan terus beredar ke sekolah dengan membawa sekeping roti berisi kentang. Beberapa minit selepas dia beredar, saya terdengar dengungan “Zannaneh,” helikopter Apache tentera Israel, melancar roket ke arah jalan yang menjadi laluan anak-anak untuk ke sekolah. Saya berkejar ke arah laluan tersebut, mencari anak saya yang baru sahaja bertolak. Dia telah dibunuh, dia telah menjadi sasaran roket Israel. Beg yang dibawannya terpelanting puluhan meter, dan serpihan-serpihan kecil badannya bertebaran di merata tempat. Saki-baki serpihan kecil anggota badannya terlekat di dahan-dahan, dan serpihan roti dan kentang juga bertebaran di atas tanah. Dia telah dibunuh sebelum dia sempat menyuap sarapan lagi.” 


Kisah yang dialami oleh Um Muhammad Useila ini merupakan kisah semua ibu-ibu di Gaza. Semua ibu-ibu yang mana anak-anak mereka menuju ke sekolah setiap pagi tidak penah mendapat sebarang jaminan bahawa anak mereka akan nanti pulang dengan selamat, atau boleh berjalan dengan menggunakan kaki seperti anak-anak lain seadanya. Sebahagian daripada anak-anak Gaza dibunuh dengan roket, sebahagian yang lain tercedera akibat serpihan roket dan terpaksa “pulang” ke hospital, bukan pulang ke rumah, tidak juga dapat meneruskan perjalanan ke sekolah. Tidak kurang pula yang terkorban akibat kesakitan, trauma dan hidup dalam ketakutan. Um Muhammad Useila menerima jasad anaknya dalam keadaan serpihan-serpihan yang dikumpul dalam sebuah beg plastik. Ini adalah kali ketiga ibu ini menerima jasad anak-anaknya dalam keadaan sedemikian. Semasa pengkebumian anaknya, dia mendesak supaya buku-buku, cebisan roti dan kentang juga diletakkan bersama jasad anaknya itu. Israel terus bermaharajalela dengan jenayah mereka tanpa sebarang gangguan. Pada masa yang sama, ibu-ibu di Gaza bimbang anak-anak mereka tidak akan pulang ke rumah dengan selamat.


Jenayah Israel ini akan berterusan sehinggalah tibanya ketika di mana mereka akan dikalahkan secara terhina, akibat salah perkiraan dalam memilih sasaran dan peperangan. Mereka akan hanya menghentikan jenayah dan sikap anti-sosial itu apabila mereka diberi pengajaran ke atas pembulian mereka ke atas seluruh masyarakat dunia. 



Ayyoub dan ibunya bersama basikal yang diterima beberapa hari sebelum dibunuh

Mengumpul cebisan jasad anak yang dibunuh itu

Selasa, 19 Mac 2013

Saat-saat Kewafatan Rasulullah صلى الله عليه وسلم


Daripada Ibnu Mas'ud r.a., bahawasanya dia berkata:   "Ketika ajal Rasulullah saw sudah dekat, baginda mengumpul kami di rumah Siti Aishah r.a. Kemudian baginda memandang kami sambil berlinangan air matanya, lalu bersabda: Marhaban bikum, semoga Allah memanjangkan umur kamu semua, semoga Allah menyayangi, menolong dan memberikan petunjuk kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, agar bertakwa kepada Allah. Sesungguhnya aku adalah sebagai pemberi peringatan untuk kamu. Janganlah kamu berlaku sombong terhadap Allah."  "Allah berfirman: Kebahagiaan dan kenikmatan di akhirat kami jadikan untuk orang-orang yang tidak ingin menyombongkan dirinya dan membuat kerosakan di muka bumi. Dan kesudahan syurga itu bagi orang-orang yang bertakwa”. Kemudian kami bertanya:   "Bilakah ajal baginda ya Rasulullah?"  Baginda menjawab:   "Ajalku telah hampir, dan akan pindah ke hadrat Allah, ke Sidratulmuntaha dan ke Jannatul Makwa serta ke Arsyila." Kami bertanya lagi:   "Siapakah yang akan memandikan baginda ya Rasulullah?"  Rasulullah menjawab:   "Salah seorang ahli bait."  Kami bertanya:   "Bagaimana nanti kami mengafani baginda ya Rasulullah?" Baginda menjawab:   "Dengan bajuku ini atau pakaian Yamaniyah."  Kami bertanya:   "Siapakah yang mensolatkan baginda di antara kami?"   Kami menangis dan Rasulullah saw pun turut menangis. Kemudian baginda bersabda:   "Tenanglah, semoga Allah mengampuni kamu semua. Apabila kamu semua telah memandikan dan mengafaniku, maka letaklah aku di atas tempat tidurku, di dalam rumahku ini, di tepi liang kuburku. Kemudian keluarlah kamu semua dari sisiku. Maka yang pertama-tama mensolatkan aku adalah sahabatku Jibril as. Kemudian Mikail, kemudian Israfil kemudian Malaikat Izrail (Malaikat Maut) beserta bala tenteranya. Kemudian masuklah anda dengan sebaik-baiknya. Dan hendaklah yang mula solat adalah kaum lelaki dari pihak keluargaku, kemudian yang wanita-wanitanya, dan kemudian kamu semua." 


Semenjak hari itu, Rasulullah saw bertambah sakitnya yang ditanggungnya selama 18 hari. Setiap hari, ramai yang mengunjungi baginda, sampailah datangnya hari Isnin, disaat baginda menghembuskan nafasnya yang terakhir.   Sehari menjelang baginda wafat iaitu pada hari Ahad, penyakit baginda semakin bertambah serius. Pada hari itu, setelah Bilal bin Rabah selesai mengumandangkan azannya, dia berdiri di depan pintu rumah Rasulullah, kemudian memberi salam:   "Assalamualaikum ya Rasulullah?"  Kemudian dia berkata lagi:   "Assolah yarhamukallah."  Fatimah menjawab:   "Rasulullah dalam keadaan sakit."  Maka kembalilah Bilal ke dalam masjid. Ketika bumi terang disinari matahari siang, maka Bilal datang lagi ke tempat Rasulullah, lalu dia berkata seperti perkataan yang tadi. Kemudian Rasulullah memanggilnya dan menyuruh dia masuk.   Setelah Bilal bin Rabah masuk, Rasulullah saw bersabda:   "Saya sekarang berada dalam keadaan sakit. Wahai Bilal, kamu perintahkan sahaja agar Abu Bakar menjadi imam dalam solat."  Maka keluarlah Bilal sambil meletakkan tangan di atas kepalanya sambil berkata:   "Aduhai, alangkah baiknya bila aku tidak dilahirkan ibuku?"   Kemudian dia memasuki masjid dan memberitahu Abu Bakar agar beliau menjadi imam dalam solat tersebut.   Ketika Abu Bakar r.a. melihat ke tempat Rasulullah SAW yang kosong, sebagai seorang lelaki yang lemah lembut, dia tidak dapat menahan perasaannya lagi, lalu dia menjerit dan akhirnya dia pengsan. Orang-orang yang berada di dalam masjid menjadi bising sehingga terdengar oleh Rasulullah saw.  Baginda bertanya:   "Wahai Fatimah, suara apakah yang bising itu?"  Siti Fatimah menjawab:   "Orang-orang menjadi bising dan bingung kerana Rasulullah saw tidak ada bersama mereka."  Kemudian Rasulullah saw memanggil Ali bin Abi Talib dan Abbas r.a. Sambil dibimbing oleh mereka berdua, maka baginda berjalan menuju ke masjid. Baginda solat dua rakaat. Setelah itu baginda melihat kepada orang ramai dan bersabda:   "Ya ma aasyiral Muslimin, kamu semua berada dalam pemeliharaan dan perlindungan Allah. Sesungguhnya Dia adalah penggantiku atas kamu semua, setelah aku tiada. Aku berwasiat kepada kamu semua agar bertakwa kepada Allah SWT kerana aku akan meninggalkan dunia yang fana ini. Hari ini adalah hari pertamaku memasuki alam akhirat, dan sebagai hari terakhirku berada di alam dunia ini."  


Pada hari esoknya iaitu pada hari Isnin, Allah mewahyukan kepada Malaikat Maut supaya dia turun menemui Rasulullah saw dengan berpakaian sebaik-baiknya.   Dan Allah menyuruh Malaikat Maut mencabut nyawa Rasulullah saw dengan lemah lembut. Seandainya Rasulullah menyuruhnya masuk, maka dia dibolehkan masuk. Tetapi jika Rasulullah saw tidak mengizinkannya, dia tidak boleh masuk dan hendaklah dia kembali sahaja.  Maka turunlah Malaikat Maut untuk menunaikan perintah Allah SWT. Dia menyamar sebagai seorang biasa. Setelah sampai di depan pintu tempat kediaman Rasulullah saw, Malaikat Maut itupun berkata:   "Assalamualaikum wahai ahli rumah kenabian, sumber wahyu dan risalah!"  Fatimah pun keluar menemuinya dan berkata kepada tamunya itu:   "Wahai Abdullah (hamba Allah), Rasulullah sekarang dalam keadaan sakit."  Kemudian Malaikat Maut itu memberi salam lagi:   "Assalamualaikum, bolehkah saya masuk?"  Akhirnya Rasulullah saw mendengar suara Malaikat Maut itu, lalu baginda bertanya kepada puterinya Fatimah:   "Siapakah yang ada di muka pintu itu?"  Fatimah menjawab:   "Seorang lelaki memanggil baginda. Saya katakan kepadanya bahawa baginda dalam keadaan sakit. Kemudian dia memanggil sekali lagi dengan suara yang menggetarkan sukma."  Rasulullah saw bersabda:   "Tahukah kamu siapakah dia?"  Fatimah menjawab:   "Tidak wahai baginda." Lalu Rasulullah saw menjelaskan:   "Wahai Fatimah, dia adalah pengusir kelazatan, pemutus keinginan, pemisah jemaah dan yang meramaikan kubur.  Kemudian Rasulullah saw bersabda:   "Masuklah, wahai Malaikat Maut."  Maka masuklah Malaikat Maut itu sambil mengucapkan:   "Assalamualaika ya Rasulullah."  Rasulullah saw pun menjawab:   "Waalaikassalam ya Malaikat Maut. Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?"  Malaikat Maut menjawab:   "Saya datang untuk ziarah sekaligus mencabut nyawa. Jika tuan izinkan akan saya lakukan. Jika tidak, saya akan pulang."  Rasulullah saw bertanya:   "Wahai Malaikat Maut, di mana engkau tinggalkan kecintaanku Jibril?"  Jawab Malaikat Maut:   "Saya tinggal dia di langit dunia."  Baru sahaja Malaikat Maut selesai bicara, tiba-tiba Jibril a.s. datang lalu duduk di samping Rasulullah saw. Maka bersabdalah Rasulullah saw:   "Wahai Jibril, tidakkah engkau mengetahui bahawa ajalku telah dekat?"  Jibril menjawab:   "Ya, wahai kekasih Allah." 


Seterusnya Rasulullah saw bersabda:   "Beritahu kepadaku wahai Jibril, apakah yang telah disediakan Allah untukku di sisinya?"  Jibril pun menjawab:   "Bahawasanya pintu-pintu langit telah dibuka, sedangkan malaikat-malaikat telah berbaris untuk menyambut rohmu."  Baginda saw bersabda:   "Segala puji dan syukur bagi Tuhanku. Wahai Jibril, apa lagi yang telah disediakan Allah untukku?"  Jibril menjawab lagi:   "Bahawasanya pintu-pintu Syurga telah dibuka, dan bidadari-bidadari telah berhias, sungai-sungai telah mengalir, dan buah-buahnya telah ranum, semuanya menanti kedatangan rohmu."  Baginda saw bersabda lagi:   "Segala puji dan syukur untuk Tuhanku. Beritahu lagi wahai Jibril, apa lagi yang disediakan Allah untukku?"  Jibril menjawab:   "Aku memberikan berita gembira untuk tuan. Tuanlah yang pertama-tama diizinkan sebagai pemberi syafaat pada hari kiamat nanti."  Kemudian Rasulullah saw bersabda:   "Segala puji dan syukur aku panjatkan untuk Tuhanku. Wahai Jibril beritahu kepadaku lagi tentang khabar yang menggembirakan aku."  Jibril a.s. bertanya:   "Wahai kekasih Allah, apa sebenarnya yang ingin tuan tanyakan?"  Rasulullah saw menjawab:   "Tentang kegelisahanku. Apakah yang akan diperolehi oleh orang-orang yang membaca Al-Quran sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berpuasa pada bulan Ramadhan sesudahku? Apakah yang akan diperolehi orang-orang yang berziarah ke Baitul Haram sesudahku?"  Jibril menjawab:   "Saya membawa khabar gembira untuk baginda. Sesungguhnya Allah telah berfirman:   Aku telah mengharamkan Syurga bagi semua Nabi dan umat, sampai engkau dan umatmu memasukinya terlebih dahulu."  Maka berkatalah Rasulullah saw:   "Sekarang, tenanglah hati dan perasaanku. Wahai Malaikat Maut dekatlah kepadaku."  Lalu Malaikat Maut pun mendekati Rasulullah saw.  Ali r.a. bertanya:   "Wahai Rasulullah saw, siapakah yang akan memandikan baginda dan siapakah yang akan mengafaninya?"  Rasulullah menjawab:   "Adapun yang memandikan aku adalah engkau wahai Ali, sedangkan Ibnu Abbas menyiramkan airnya dan Jibril akan membawa hanuth (minyak wangi) dari dalam Syurga."  Kemudian Malaikat Maut pun mulai mencabut nyawa Rasulullah saw. Ketika roh baginda sampai di pusat perut, baginda berkata:   "Wahai Jibril, alangkah pedihnya maut."  Mendengar ucapan Rasulullah itu, Jibril a.s. memalingkan mukanya. Lalu Rasulullah saw bertanya:   "Wahai Jibril, apakah engkau tidak suka memandang mukaku?" Jibril menjawab:   "Wahai kekasih Allah, siapakah yang sanggup melihat muka baginda, sedangkan baginda sedang merasakan sakitnya maut?"  Akhirnya roh yang mulia itupun meninggalkan jasad Rasulullah saw.  


Berkata Anas r.a.:   "Ketika aku lalu di depan pintu rumah Aisyah r.a., aku terdengar dia sedang menangis sambil mengatakan:   Wahai orang-orang yang tidak pernah memakai sutera, wahai orang-orang yang keluar dari dunia dengan perut yang tidak pernah kenyang dari gandum, wahai orang-orang yang telah memilih tikar daripada singgahsana, wahai orang-orang yang jarang tidur diwaktu malam kerana takut Neraka Sa'ir."  Dikisahkan dari Said bin Ziyad dari Khalid bin Saad, bahawasanya Muaz bin Jabal r.a. telah berkata:   "Rasulullah saw telah mengutusku ke Negeri Yaman untuk memberikan pelajaran agama di sana. Maka tinggallah aku di sana selama 12 tahun. Pada satu malam aku bermimpi dikunjungi oleh seseorang. Kemudian orang itu berkata kepadaku:   Apakah anda masih lena tidur juga wahai Muaz, padahal Rasulullah saw telah berada di dalam tanah?"  Muaz terbangun dari tidur dengan rasa takut, lalu dia mengucapkan:   "A'uzubillahi minasy syaitannir rajim."   Lalu setelah itu dia mengerjakan solat.   Pada malam seterusnya, dia bermimpi seperti mimpi malam yang pertama. Muaz berkata:   "Kalau seperti ini, bukanlah dari syaitan."   Kemudian dia memekik sekuat-kuatnya, sehingga didengar sebahagian penduduk Yaman.   Pada keesokan harinya, orang ramai berkumpul lalu Muaz berkata kepada mereka:   "Malam tadi dan malam sebelumnya saya bermimpi yang sukar untuk difahami. Dahulu, bila Rasulullah saw bermimpi yang sukar difahami, baginda membuka Mushaf (al-Quran). Maka berikanlah Mushaf kepadaku."   Setelah Muaz menerima Mushaf, lalu dibukanya. Maka nampaklah firman Allah yang bermaksud:   "Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula."   (Surah Az-Zumar: ayat 30)  Maka menjeritlah Muaz, sehingga dia tidak sedarkan diri. Setelah dia sedar kembali, dia membuka Mushaf lagi dan dia nampak firman Allah yang berbunyi:   "Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul. Apakah jika dia wafat atau dibunuh kamu akan berbalik ke belakang (murtad)? Barang siapa yang berbalik ke belakang, maka dia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada orang-orang yang bersyukur?"   (Surah Al-lmran: ayat 144)   Maka Muaz pun menjerit lagi:   "Aduhai Abal-Qassim. Aduhai Muhammad."  Kemudian dia keluar meninggalkan Negeri Yaman menuju ke Madinah. Ketika dia akan meninggalkan penduduk Yaman, dia berkata:   "Seandainya apa yang ku lihat ini benar, maka akan meranalah para janda, anak-anak yatim dan orang-orang miskin, dan kita akan menjadi seperti biri-biri yang tidak ada pengembala."  Kemudian dia berkata:   "Aduhai, sedihnya berpisah dengan Nabi Muhammad saw."   Lalu dia pun pergi meninggalkan mereka. Di saat dia berada pada jarak lebih kurang tiga hari perjalanan dari Kota Madinah, tiba-tiba terdengar olehnya suara halus dari tengah-tengah lembah yang mengucapkan firman Allah yang bermaksud:   "Setiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati."  Lalu Muaz mendekati sumber suara itu. Setelah berjumpa, Muaz bertanya kepada orang tersebut:   "Bagaimana khabar Rasulullah saw?"   Orang tersebut menjawab:   "Wahai Muaz, sesungguhnya Muhammad saw telah meninggal dunia."   Mendengar ucapan itu, Muaz terjatuh dan tak sedarkan diri.

Lalu orang itu menyedarkannya. Dia memanggil Muaz:  "Wahai Muaz, sedarlah dan bangunlah."  Setelah Muaz sedar kembali, orang tersebut lalu menyerahkan sepucuk surat untuknya yang berasal dari Abu Bakar As-siddiq, dengan cop dari Rasulullah saw. Tatkala Muaz melihatnya, dia lalu mencium cop tersebut dan diletakkan di matanya. Kemudian dia menangis dengan tersedu-sedu.   Setelah puas dia menangis, dia pun melanjutkan perjalanannya menuju Kota Madinah. Muaz sampai di Kota Madinah pada waktu fajar menyingsing. Didengarnya Bilal sedang mengumandangkan azan Subuh. Bilal mengucapkan:   "Asyhadu Allaa Ilaaha Illallah?"   Muaz menyambungnya:   "Wa Asyhadu Anna Muhammadur Rasulullah."   Kemudian dia menangis dan akhirnya dia jatuh dan tak sedarkan diri lagi.  Pada saat itu, di samping Bilal bin Rabah ada Salman Al-Farisy r.a. lalu dia berkata kepada Bilal:   "Wahai Bilal, sebutkanlah nama Muhammad dengan suara yang kuat dekatnya. Dia adalah Muaz yang sedang pengsan."   Setelah Bilal selesai azan, dia mendekati Muaz, lalu dia berkata:   "Assalamualaika, angkatlah kepalamu wahai Muaz, aku telah mendengar dari Rasulullah saw, baginda bersabda: Sampaikanlah salamku kepada Muaz."   Maka Muaz pun mengangkatkan kepalanya sambil menjerit dengan suara keras, sehingga orang-orang menyangka bahawa dia telah menghembuskan nafas yang terakhir. Kemudian dia berkata:   "Demi ayah dan ibuku, siapakah yang mengingatkan aku pada baginda, ketika baginda akan meninggalkan dunia yang fana ini, wahai Bilal? Marilah kita pergi ke rumah isteri baginda Siti Aisyah r.a."   Setelah sampai di depan pintu rumah Siti Aisyah, Muaz mengucapkan:   "Assalamualaikum ya ahlil bait, wa rahmatullahi wa barakatuh."   Yang keluar ketika itu adalah Raihanah, dia berkata:   "Aisyah sedang pergi ke rumah Siti Fatimah."   Kemudian Muaz menuju ke rumah Siti Fatimah dan mengucapkan:   "Assalamualaikum ya ahlil bait."  Siti Fatimah menyambut salam tersebut, kemudian dia berkata:   "Rasulullah saw bersabda: Orang yang paling alim di antara kamu tentang perkara halal dan haram adalah Muaz bin Jabal. Dia adalah kekasih Rasulullah saw."   Kemudian Fatimah berkata lagi:   "Masuklah wahai Muaz."   Ketika Muaz melihat Siti Fatimah dan Aisyah r.a., dia terus pengsan dan tak sedarkan diri. Setelah dia sedar, Fatimah lalu berkata kepadanya:   "Saya mendengar Rasulullah saw bersabda: Sampaikanlah salam saya kepada Muaz dan khabarkan kepadanya bahawasanya dia kelak dihari kiamat sebagai imam ulama."   Kemudian Muaz bin Jabal keluar dari rumah Siti Fatimah menuju ke arah kubur Rasulullah saw.



Love Prophet


Makam Rasulullah SAW


Muhammad SAW

Copyright© All Rights Reserved setitishidayahiman.blogspot.com
Unborn 8.0 Blue Alternate Select